Isnin, 7 Mei 2012

Sifat Fasiq

Salam Sejahtera Keatas Semua Yang Mengucap Dua Kalimah Syahadah
Salawat dan Salam keatas Baginda SAW, Keluarga Baginda SAW dan Sahabat2 Baginda SAW

Segala Pujian Hanya BagiNYA, ZAT Yang Maha Esa, Tiada Sesuatupun Menyamai dan Setara Dengan NYA

Baru baru ini, seorang Kawan yang pernah berguru dengan saya, datang memohon pendapat, bahawa amalannya tidak menjadi sejak akhir akhir ini

Maka , persoalan saya ialah, amalan yang mana satu dan apakah Ayatnya, maka saya dapati, beliau mengadu Ayat Gayung/Pukulan Jauh yang ada saya masukkan didalam BLOG tidak menjadi beberapa kali.................

Lalu, seperti biasa, saya akan bertafakur, maka didalam petunjuk tersebut mengatakan beliau bersama kumpulan yang diketuai seorang kafir cuba menentang orang Islam yang lain, diatas sebab sebab yang jahil dan kurang cerdik, kerana cubaan mendatangkan kemudaratan keatas saudara Islam yang lain

Maka jawapan saya ialah, masakan 'menjadi' sedangkan dia menggunakan Ayat2 ALLAH untuk memusnahkan orang Islam yang lain, maka itulah 'Ilmu' tersebut 'tawar' dan 'keluar' dari beliau, apatah lagi, beliau bertuan seorang kafir untuk mendatangkan kemudaratan keatas seorang Islam yang lain, dan hukumnya HARAM BESAR.

Nasihat saya ialah, secara mudah, beliau dipihak yang 'sesat' dan 'salah', jika tidak masakan terjadi sedemikian rupa.

Kerana itulah, didalam BLOG, saya selalu menyatakan dengan ketegasan yang jelas, semua orang Islam adalah bersaudara, dan jauhi menjatuhkan tangan keatas seorang Islam yang lain, masakan amalan menjauhkan Hasad Dengki 'menjadi' pada pengamal, jika diri peribadi mempunyai sifat Hasad Dengki, apakah DIA akan memakbulkan Doa Kebinasaan Muslim yang lain keatas Muslim yang didoakan kebinasaan itu ?

Maka, jika terjadinya sedmikian rupa, jauhilah kita dari seorang Muslim yang suka mendoakan kebinasaan keatas seorang Muslim yang lain, kerana Para Ulama Muktabar dan Ulama Sufi menyatakan, mereka ini adalah Fasiq lagi Munafiq

Wallhualam

Tiada ulasan: